Thursday, February 10, 2011

Saman...

Seorang polis menahan seorang pemandu kereta kerana memandu melebihi had laju.

Polis: Encik mintak lesen....

Pemandu: Saya tkde lesen ,..lesen saya dah digantung masa saya didakwa memandu mabuk untuk kali ke lima.

Polis: Mintak road tax kereta ni..

Pemandu: Ni bukan kereta saya...saya curi kereta ni.

Polis: Ni kereta curi???

Pemandu: Ya betul...tapi saya terpikir tadi saya macam nampak road tax kete ni kat laci dashboard masa saya simpan pistol saya dalam tu.

Polis: Ada pistol dalam laci dashboard!!!!!!!

Pemandu: Ya betul..saya letak disitu selepas saya tembak pemilik kereta ni dan mayat nya saya letak kat bonet belakang.

Polis: Ada MAYAT dalam bonet!!!!!!

Pemandu: Ya betul Tuan..

Setelah mendengar kesemuanya polis tersebut menghubungi ketua polis nya. Dan dengan segera kereta tersebut telah di kepung dan ketua polis menghampiri pemandu tersebut.

Ketua Polis: Encik ..boleh mintak lesen memandu?

Pemandu: Boleh..ini dia ..lesen memandu sah saya.

Ketua Polis: Ini siapa punya kereata.

Pemandu: Saya yang punya ini road tax kereta ini.

Ketua Polis: Boleh encik perlahan-lahan buka laci dashboard ini supaya saya boleh tengok jika ada pistol didalam.

Pemandu: Boleh Tuan..tetapi tiada pistol didalam...

Ketua Polis: Bolehkan tolong buka bonet kereta belakang ini? Tadi encik penah berkata bahwe ada mayat didalamnya.

Pemandu: Takde masalah...bonet dah dibuka...tapi mana ada mayat didalamnya.

Ketua Polis: Saya kurang faham ini...polis sebentar tadi yang menahan kamu berkata..kamu tidak ada lesen , kereta ini kamu curi, kamu memiliki pistol yang di simpan di laci dashboard dan ada mayat yang dibunuh oleh kamu di simpan di bonet kereta kamu.

Pemandu: Ha yeke...kalau macam tu mesti si penipu besar tu pun ada bagitau tuan yang saya ni memandu melebihi had jugak.. penipu!!

Rabun...

Suatu hari Tan Sri Rizal mendapat jemputan melawat pameran lukisan. Kerana ketika itu beliau mengalami sakit mata dan
penglihatannya kabur, maka beliau mengajak Jenet iaitu pembantu untuk menemaninya.

Tan Sri Rizal : "Wow, cantiknya lukisan ni. Gambar ikannya benar-benar hidup."
...
Jenet : "Shttt... jangan cakap kuat-kuat Tan Sri. Itu gambar buaya."

Kemudian mereka melihat ke lukisan lain.

Tan Sri Rizal: "Lukisan Gajah ini nampak gagah sekali."

Jenet : "Shttt... itu bukan gajah tan sri, itu gambar badak sumbu."

Setelah dua kali ditegur, Tan Sri Rizal cuba untuk tidak memberi komen pada lukisan lainnya sehinggalah beliau sampai
kesatu sudut.

Tan Sri Rizal: "Wow, menakjubkan sekali. Lukisan Orang Utan ini begitu halus sekali garisannya. Ianya seperti hidup dan
bergerak-gerak."

Jenet terus ketawa dan berkata: "Tan Sri...Itu kan cermin.Wajah itukan wajah Tan sri!"

RUMPUT...

Pada suatu hari ada seorang bapak
yang kaya raya melawat sebuah kampung yang terpencil, ketika ia sedang
memandu keretanya tiba2 melihat seorang ibu tua yang sedang memakan
rumput, lalu bapak itu pun turun dari keretanya dan menghampiri ibu
itu, lalu ia bertanya...


Bapak: Bu, kenapa ibu makan rumput..?
Ibu: Saya sangat miskin pak sehingga saya tidak mampu untuk membeli nasi...
Bapak: Kalau begitu mari ikut kerumah saya bu!
Ibu: Tapi saya ada 7 orang anak pak...
Bapak: Tidak apa, ibu bawalah anak2 ibu sekali..!
Lalu si ibu dan anak-anaknya naik kedalam kereta menuju ke rumah bapak itu, dan kerana musykil si ibu bertanya lagi...
Ibu: Kenapa bapak baik sekali kepada kami..?
Bapak: Tiada ada apa-apa bu, kebetulan saja rumput di rumah saya sudah panjang-panjang...
Ibu: #$%@*&^$..

Thursday, September 30, 2010

Mamak...


Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya, tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus datang kepadanya.

Ali : Apa yang suka sangat Mamak ni? 

Mamak : Saya bini juga surat India mari.

Ali : Apa dia cakap? Tentu good news....

Mamak : Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby! Ayo.... saya banyak suka hati la. Saya belanja awak minum free….

Ali : Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?

Mamak : Ya la saya sudah tiga tahun tarak balik.

 Ali : ?????????????

Badak merah...


A: Kenapa badak kukunya berwarna merah?

B: Mmm...apa ya..tak tau...

A: Supaya dapat sembunyi di sebalik pohon epal

B: Ah bohong... mana ada badak boleh sembunyi di balik pohon epal?

A: Tak pernah lihat,kan? Bererti badak itu berjaya bersembunyi laa...

Panggilan manja...


Kamal diundang kawannya makan malam. Mizal, si tuan rumah, memanggil isterinya dengan kata- kata Sayang... Manis... Cintaku... Sayangku... Kasihku... dan seumpamanya. Kamal memandang Mizal dan berkata, "Romantis sekali, setelah berpuluh tahun menikah, kau tetap memanggil isterimu dgn kata-kata itu." Mizal mengangkat bahu dan berbisik,"Sebenarnya, aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu."

Sunday, September 26, 2010

Pembohongan...


Ali adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong 

Ali dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

“Kamu dari mana?” tanya Ali.
“Ada pelajaran tambahan ayah”, jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

“Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
“Maaf ayah… saya baru habis memonton movie di rumah kawan…”.
“Cerita apa?
“Cerita Papadom ayah”.
*PLANG*
“Katakan dengan jujur cerita apa?!”
“Maaf ayah… saya tengok cerita lucah”.

Mendengarkan itu marahlah Ali.
“Kamu nie… kecil-kecil dah nakal… kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Ali ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika…

Isteri Ali kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata… “Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia ANAK AWAK…”

*PLANG*
Robot menampar isteri Ali sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya…
dan semua terdiam…