Thursday, September 30, 2010

Mamak...


Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya, tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus datang kepadanya.

Ali : Apa yang suka sangat Mamak ni? 

Mamak : Saya bini juga surat India mari.

Ali : Apa dia cakap? Tentu good news....

Mamak : Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby! Ayo.... saya banyak suka hati la. Saya belanja awak minum free….

Ali : Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?

Mamak : Ya la saya sudah tiga tahun tarak balik.

 Ali : ?????????????

Badak merah...


A: Kenapa badak kukunya berwarna merah?

B: Mmm...apa ya..tak tau...

A: Supaya dapat sembunyi di sebalik pohon epal

B: Ah bohong... mana ada badak boleh sembunyi di balik pohon epal?

A: Tak pernah lihat,kan? Bererti badak itu berjaya bersembunyi laa...

Panggilan manja...


Kamal diundang kawannya makan malam. Mizal, si tuan rumah, memanggil isterinya dengan kata- kata Sayang... Manis... Cintaku... Sayangku... Kasihku... dan seumpamanya. Kamal memandang Mizal dan berkata, "Romantis sekali, setelah berpuluh tahun menikah, kau tetap memanggil isterimu dgn kata-kata itu." Mizal mengangkat bahu dan berbisik,"Sebenarnya, aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu."

Sunday, September 26, 2010

Pembohongan...


Ali adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong 

Ali dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

“Kamu dari mana?” tanya Ali.
“Ada pelajaran tambahan ayah”, jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

“Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
“Maaf ayah… saya baru habis memonton movie di rumah kawan…”.
“Cerita apa?
“Cerita Papadom ayah”.
*PLANG*
“Katakan dengan jujur cerita apa?!”
“Maaf ayah… saya tengok cerita lucah”.

Mendengarkan itu marahlah Ali.
“Kamu nie… kecil-kecil dah nakal… kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Ali ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika…

Isteri Ali kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata… “Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia ANAK AWAK…”

*PLANG*
Robot menampar isteri Ali sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya…
dan semua terdiam…

Bos dan secretary...



boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi 
aturkan segalanya. 

Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan 
outstation, awak pandai2 jaga diri nanti... 

Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu, 
jadi mari kita habiskan masa bersama-sama.... 

Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu,
jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen... 

Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde
kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama... 

Atuk (the 1st boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa 
bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh... 

Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah 
membatalkan outstation tu... 

Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama 
untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya. . 

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase. 

Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene 
pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk. 

Atuk menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi 
uruskan semuanya.. 

wakawakawaka... .penat aku nak tulih lagi nie.... 


Jujur...


Sepasang kekasih yang hendak menikah sedang berbincang. Si Gadis berbisik pada kekasihnya, "Sekarang waktunya kita saling jujur agar kelak kita tidak kecewa." Si Pemuda mengangguk. Gadis berkata "Sesungguhnya dada saya rata..seperti Papan...kalau kau tidak suka katakan saja. Kita boleh batalkan pernikahan ini. Saya sedia menghadapinya", kata gadis. Pemuda dengan lemah lembut menjawab, "Itu tidak masalah. Bagiku seks bukanlah hal yang penting. Tetapi cinta kasih" Gadis pun lega mendengarkannya. Saya juga perlu mengatakan sesuatu sejujurnya padamu.", jelas pemuda. Gadis mengangguk tersenyum. "Sesungguhnya 'anu' saya seperti bayi...", kata pemuda. Sstt...sudahlah itu tidak penting. Bagiku seks bukanlah hal yang penting. Tetapi cinta kasih.", sahut si Gadis. Pemuda pun lega mendengarkannya. Malam pengantin tiba. Gadis mula membuka baju dan nampaklah dadanya yang memang..memang...benar-benar.. rata. Pemuda hanya tersenyum melihatnya. Kemudian pemuda mula membuka seluarnya sehingga nampaklah 'anu'nya. Melihat itu gadis menjerit dan pengsan. Setelah sedar si gadis bertanya, "Kau katakan 'anu'mu seperti bayi...?" "Ye la memang seperti bayi,... panjang 50 cm dan berat 3 kg.

Kisah 3 anak dara..


Tersebutlah alkisah sebuah keluarga aman bahagia yang dianggotai sepasang suami isteri bersama tiga orang anak dara mereka. Nak dijadikan cerita, ketiga-tiga anak dara tersebut melangsungkan perkahwinan mereka secara serentak....... Maka sedih bercampur gumbira menyelubungi hati dan perasaan kedua ibu bapa mereka apabila majlis perkahwinan tersebut selamat dilangsungkan.... Apabila ketiga-tiga pasangan bersiap sedia untuk pergi berbulan madu ke tempat haluan masing-masing, kedua ibu bapa mereka pun dengan tegas berpesan supaya mereka tidak lupa untuk mengirimkan berita sepanjang pemergian mereka walau dengan sepatah dua kata. Supaya tidak membebankan setiap pasangan, ibu bapa mereka mencadangkan agar mereka hanya menulis tajuk iklan yang dapat menggambarkan maksud yang ingin disampaikan. Lalu mereka semua pun bersetuju degan cadangan tersebut........... Seminggu selepas mereka semua pergi ke arah tujuan masing-masing, si ibu menerima sepucuk surat dari anak mereka yang pertama, suratnya amat ringkas, hanya perkataan "Nescafe" yang tertera. Si ibu yang cuba menyelami maksud yang ingin disampaikan, tanpa berlengah menyemak iklan "Nescafe" di akhbar yang berbunyi "Nikmatnya tak terhingga", maka fahamlah si ibu akan maksud yang ingin disampaikan..... Selang seminggu selepas itu, mereka menerima sepucuk surat dari anak mereka yang kedua pula, suratnya juga pendek, hanya berbunyi " Standard Chartered Bank". Apabila disiasat dengan lebih lanjut, iklan Standard Chartered Bank rupanya bermaksud " Besar, Teguh dan Peramah", maka tersenyumlah kedua orang tua tersebut.... Seperti lazimnya mereka pun tertunggu-tunggu akan berita dari anak ketiga mereka, namun minggu demi minggu tidak juga mereka menerima sebarang khabar berita. Mulanya mereka agak risau namun setelah hampir dua bulan berlalu, mereka akhirnya menerima sepucuk surat yang amat dinananti-nantikan, suratnya juga amat ringkas, hanya tertulis perkataan "MAS". Mulanya mereka agak hairan kenapalah anak mereka mangambil masa yang lama sangat untuk menulis perkataan "MAS" namun setelah membaca iklan MAS di surat khabar, mereka pun tersenyum. Di surat khabar, iklan MAS berbunyi," Tiga kali sehari, tujuh hari seminggu..."

Thursday, September 23, 2010

Anak kembar...

4 orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di Hospital sementara isteri masing-masing sedang berjuang 
untuk melahirkan anak.Kemudian keluar nurse dan memberitahu kepada ayah pertama, "Tahniah, kamu sekarang telah 
menjadi ayah kepada kembar dua!"
"Mungkin satu kebetulan" kata ayah pertama. " Saya bekerja di Twin Star Enterprised"
Kemudian keluar pula nurse lain dan memberitahu kepada ayah kedua, "Tahniah! awak mendapat anak kembar tiga!"
"Wooow!, mungkin satu kebetulan" jawab ayah kedua."Saya kerja di 3M Corporation"
Keluar pulak nurse lain dan memberitahu ayah ke ketiga,"Congratulation! isteri you dapat kembar empat,"
"Alhamdulillah! Mungkin juga satu kebetulan". Saya kerja di Four Season Hotel!"
Pada masa ini ayah yang ke empat kelihatan amat tidak menentu dan gelisah. Kesemua ayah-ayah yang menunggu pun 
bertanya, "kenapa risau sangat??" Jawab ayah keempat,"Saya bekerja di Seven-eleven"

Made in Japan...

Seorang pelancong Jepun menahan teksi di depan hotel penginapannya untuk ke lapangan terbang. Setelah menekan butang meter tambang, teksi tu mula bergerak dengan perlahan. Di lebuh raya, pemandu teksi tadi memandu dengan kelajuan yang sederhana. Tiba2, sebuah kereta me...motong. “Ah, Nissan. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong Jepun tadi. Kemudian sebuah lagi kereta memotong dengan laju. “Ah, Toyota. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong Jepun tu lagi. Kemudian sebuah lagi kereta memotong, lebih laju. “Ah, Mitsubishi. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong itu lagi, bangga dengan keluaran negaranya. Sampai di lapangan terbang…..ketika pelancong itu ingin membayar tambang teksinya.. “RM100 please…” kata pemandu teksi selamba. “What? RM100? it’s not that far from the hotel?”, pelancong tu tak puas hati. “Ah. Agrometer (meter teksi). Made in Japan. Very fast”, jawab pemandu teksi tersebut dengan selambanya

Tuesday, September 21, 2010

Pembedahan...

Amin baru saja tersedar setelah menjalani pembedahan, dan dia melihat ada dua orang pesakit lain yang berada di wadnya. Dengan rasa lega dia berkata : " Syukurlah, semuanya sudah berlalu..." "Jangan terlalu yakin", kata Akbar yang tidur di sebelah kanan tempat tidurnya. "Kelmarin mereka meninggalkan gunting di dalam perutku, dan aku harus menjalani pembedahan sekali lagi....!" Yusril yang berada disebelah kiri tempat tidurnya menyela : "Kelmarin dulu, aku juga mengalami pembedahan ulang kerana mereka tertinggal sebuah perkakas pembedahan di dalam perutku.." Tepat pada saat itu, Doktor muncul di depan pintu dan berseru : "Adakah sesiapa yang melihat handphone saya?"

Nak cium nurse!!!!

Seorang Nurse, Ratna menahan teksi. Sedang dalam perjalanan... Pemandu teksi iaitu Feddy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya..Merasa kehairanan... Nurse itu bertanya... "Encik.. kenapa encik melihat saya begitu ??" Feddy tersenyum malu dan berkata... " Sebenarnya... saya selalu berfantasi....maaf ya... saya sangat ingin mencium seorang Nurse..." "Oh begitu!! tak der masalah... encik boleh mencium saya.. kalau itu memang memberikan ketenangan buat encik... tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih single" kata Nurse... Feddy gembira dan berkata... "iya...iya, saya masih single". Kemudian teksi itu diberhentikan di jalan sepi... Feddy terus mencium nurse itu selama 10 minit... kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali. Tapi feddy menangis teresak-esak sambil berkata... "Maafkan saya cik... saya merasa bersalah... sebenarnya saya sudah berkahwin". Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata... "Sudahlah encik... tidak ada apa-apa yang perlu di bimbangkan... Saya juga bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse... saya adalah seorang Mak Nyah yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam"